Close

TAG Heuer lancarkan Connect Caliber E4 edisi Porsche yang boleh mengawal Porsche Taycan


TAG Heuer melancarkan jam tangan pintar baharunya yang diilhamkan dari Porsche Taycan. Model yang dimaksudkan adalah Connect Caliber E4 edisi Porsche atau lebih tepat lagi edisi Porsche Taycan.

TAG Heuer edisi Porsche hadir dengan skrin OLED 1.39 inci, cip Snapdragon 4100+, bateri sebesar 430mAh dan menjalankan WearOS 2. Ciri lain seperti GPS, heart-rate sensor, accelerometer, automatic activity tracking dan all-day heart rate monitoring turut tersedia pada peranti ini.

Bahagian yang menarik pada TAG Heuer edisi Porsche adalah pada rekaannya, menggunakan warna aksen biru elektrik yang diambil dari Taycan dan terdapat jahitan jalur pada talinya. Pada bingkainya terdapat nombor 0 sehingga 400 yang merujuk kepada kelajuan Taycan. Tubuh jam ini diperbuat dari titanium sandblasted dan talinya menggunakan kemasaan seperti Carbon Fiber.

Jam tangan pintar ini juga didatangkan dengan watchface khas yang memaparkan maklumat mengenai Taycan pengguna sendiri seperti menyemak cas bateri, baki perbatuan, jumlah jarak perjalanan dan suhu bateri. TAG Heuer Connect Caliber E4 Porsche Edition dicipta untuk peminat dan pemilik Taycan dengan harga jualan RM12,222 ($2,750) dan akan tersedia pada bulan September.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN