Close

TikTok bakal membolehkan pengguna berkongsi Stories ke Facebook dan Instagram

Tidak dapat dinafikan bahawa TikTok merupakan aplikasi sosial yang sedang pesat berkembang, telah mencipta fenomena sehingga kebanyakkan aplikasi sosial lain mula meniru apa yang dilakukan oleh TikTok.


Namun, terdapat sedikit permasalahan di mana pengguna TikTok tidak dapat berkongsi secara terus ke aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram atau platform sosial lain berikutan ciri tersebut tidak disokong oleh TikTok.



Terkini, TikTok dilaporkan mula memberikan kemas kini yang membolehkan pengguna berkongsi TikTok Stories secara terus ke Facebook, Instagram atau platform sosial lain. 

Walaubagaimanapun, buat masa ini kemas kini tersebut belum lagi tersedia pada kebanyakkan pengguna. Tetapi,kemas kini tersebut dijangka akan tiba pada kebanyakkan pengguna tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN