Close

TikTok dilaporkan sedang menguji ciri “Nearby” – Papar kandungan berdekatan pengguna

TikTok merupakan aplikasi sosial yang paling pesat berkembang ketika ini, jadi tidak hairanlah jika generasi Z lebih gemar menggunakan aplikasi ini berbanding aplikasi sosial lain.

Terbaru, TikTok dilaporkan sedang menguji ciri baharu iaitu Nearby. Ciri tersebut akan dipaparkan pada bahagian Feed yang mana sebelum ini terdapat dua halaman sahaja iaitu “For You” dan “Following”.

Melalui ciri ini, ia akan memaparkan kandungan yang berdekatan dengan pengguna. Ia sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui perkara menarik berdekatan dengan mereka atau sebagainya.

Buat masa ini, ciri ini telahpun diberikan kepada beberapa pengguna di Asia untuk tujuan percubaan. Ciri ini dijangka akan hadir pada semua pengguna tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN