TikTok Music bakal jadi pencabar Spotify dan Apple Music - FUZZ.MY

Monday, August 1, 2022

TikTok Music bakal jadi pencabar Spotify dan Apple Music


Aplikasi TikTok merupakan aplikasi sosial yang paling pesat berkembang. Berikutan dari itu, TikTok merancang untuk mengembangkan aplikasinya dengan memperkenalkan penstriman muziknya sendiri.


ByteDance merupakan syarikat induk TikTok dilaporkan telah mendaftar TikTok Music sebagai tanda dagangan dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat. TikTok Music akan membolehkan pengguna untuk membeli, memainkan, berkongsi dan memuat turun muzik.


Perkhidmatan penstriman muzik bukan sesuatu yang baru buat ByteDance, pada tahun 2020 ByteDance telah memperkenalkan Resso di beberapa negara seperti India, Brazil dan Indonesia. Mempunyai beberapa ciri yang sama seperti TikTok Music. Resso kini mempunyai lebih dari 40 Juta pengguna bulanan di India, Brazil dan Indonesia. 


Buat masa ini, ByteDance tidak menjelaskan bagaimana TikTok Music akan berfungsi adakah menggunakan konsep yang sama seperti mana Resso ataupun berbeza secara sepenuhnya. 


Dengan pengenalan TikTok Music, ia mungkin akan mengubah industri penstriman muzik, dan memaksa perkhidmatan lain sepeti Spotify, Apple Music dan sebagainya untuk menyesuaikan diri dan terus kekal relevan.


(Sumber)