Close

Twitter bakal membolehkan pelbagai format media diletakkan dalam satu Tweet

Aplikasi Twitter ketika ini hanya menyokong satu jenis media sahaja untuk diletakkan pada satu Tweet. Biarpun pengguna boleh meletakkan sehingga empat imej dalam satu tweet tetapi tiada cara untuk mengabungkan satu atau lebih media lain seperti video atau GIF.

Terkini, Twitter dikatakan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna untuk meletakkan pelbagai format media dalam satu Tweet. Degan ciri ini pengguna boleh menambah imej, video dan GIF pada satu Tweet.

Ciri ini dibangunkan selepas Twitter melihat pengguna lebih cenderung menggunakan perbualan visual seperti imej, GIF dan video untuk menjadikan perbualan mereka lebih menaarik.

Untuk fasa ujian, ciri ini telah tersedia bagi sesetengah pengguna terpilih di beberapa negara. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai bilakah ciri ini akan tersedia untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN