Close

Twitter menguji fungsi kira Tweet bulanan dan papar pada profil pengguna


Twitter nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi fungsi baharu pada masa akan datang. Fungsi di mana akan memaparkan kiraan Tweet bulanan yang dibuat pengguna.

Fungsi ini telahpun diuji secara dalaman oleh Twitter kira-kira sebulan yang lalu, kini telah diterima oleh beberapa pengguna bermula hari ini.
Dengan fungsi ini, ia akan memaparkan kekerapan pengguna melakukan Tweet dalam sebulan dan memaparkanya pada profil pengguna. Selain itu, fungsi ini juga dapat membantu pengguna lain menilai untuk mengikuti ataupun tidak.

Buat masa ini fungsi ini hanya terhad kepada pengguna terpilih sahaja. Tiada sebarang maklumat bila ia akan tersedia secara menyeluruh.

ARTIKEL BERKAITAN