Close

Vans keluarkan kasut dan pakaian sempena “Stranger Things” musim ke-4

Sekiranya anda peminat tegar kepada siri Stranger Things ataupun peminat tegar kepada jenama Vans. Kolabrasi Vans x Stranger Things ini patut menjadi salah satu koleksi yang wajib ada pada rak baju atau kasut anda.

Kolabrasi di antara Vans x Stranger Things ini dihasilkan berdasarkan dari siri Stranger Things musim ke-4. Untuk kasut, Vans membawakan beberapa corak yang bertemakan kepada kisah dalam siri tersebut seperti Hellfire Club Style 36, Upside Down, Demogorgon, Surfer Boy Pizza dan juga Dungeons & Dragons.

 

Selain kasut, Vans turut menawarkan koleksi pakaian edisi Vans x Stranger Things yang bertemakan gaya vintaj dengan cetakan seperti “Off the Wall / Upside Down”, “Man, I Need Vans” dan “Suffer Boy Pizza”.

Bagi yang berminat, koleksi Vans x Stranger Things akan tersedia di pasaran bermula pada 26 Ogos 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN