Close

Vivo dituduh mengelak untuk membayar cukai di India

Selepas Xiaomi, kini giliran Vivo pula dituduh mengelak untuk membayar cukai di India. Berdasarkan dari laporan Direktorat Perisikan Hasil (DRI), jumlah cukai  yang di elak oleh Vivo adalah sekitar $280.

Vivo didakwa melakukan salah deklarasi dengan sengaja dalam menyenaraikan barang tertentu yang diimport. Direktorat Penguatkuasaan (ED) berjaya menemui bukti selepas 44 premis milik Vivo di India telah diserbu dan beberapa aset telah dirampas untuk tujuan siasatan.

Menurut data daripada pihak berkuasa India, Vivo dikatakan telah memindahkan hampir $8 bilion kepada syarikat induknya di China dalam tempoh lima tahun untuk mengelak membayar cukai.

Selain Vivo dan Xiaomi, pihak berkuasa India juga dikatakan sedang menyiasat satu lagi syarikat yang berpangkalan di China iaitu Oppo. Maklumat tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Kewangan Nirmala Sitharaman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN