Close

Vivo V25 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1,799

Vivo secara rasminya membawakan siri baharu mereka iaitu Vivo V25 5G untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dengan reka bentuk yang lebih baik.

Vivo V25 5G dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.44-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan cip Dimensity 900 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP super makro. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Antara ciri fotografi yang turut hadir bersama adalah seperti Night, Portrait, Super-Macro, High Resolution dan lain-lain.

Untuk pasaran tempatan, Vivo V25 5G dijual pada tanda harga RM1,799 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam tiga plilihan warna iaitu Diamond Black, Sunrise Gold dan Aquamarine Blue.

Bagi yang berminat, Pra-tempahan V25 5G bermula pada 29 Ogos sehingga 2 September dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM577.

ARTIKEL BERKAITAN