Close

Vivo V25e turut dilancarkan dengan harga bermula RM1,399

Pada acara yang sama, Vivo turut melancarkan siri Vivo 25e untuk pasaran tempatan. Membawakan rekaan yang sama seperti V25 5G namun tampil dengan speskfikasi yang berbeza.
Vivo V25e dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.44-inci OLED dengan resolusi FHD+. Dijana dengan cip Mediatek Helio G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalam sehingga 256GB.
Dari segi fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 64MP + 2MP bokeh + 2MP makro. Manakala untuk swafofo ia tampil dengan sensor sebesar 32MP.
Bateri sebesar 4,500mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 44W. Spesifikasi lain yang turut hadir pada Vivo V25e adalah seperti Bluetooth 5.2, sambungan USB C, NFC, Game Boost Mode dan lain-lain.
Di Malaysia, harga jualan bagi Vivo V25e adalah RM1,399 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Moonlight Shadow dan Sunshine Coast.
Bagi yang berminat, Vivo V25e pra-tempahan bermula dari 29 Ogos sehingga 2 September. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM547.

ARTIKEL BERKAITAN