Close

Vivo X Fold S dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi

Vivo X Fold merupakan peranti boleh-lipat yang pertama dari Vivo dan telahpun dilancarkan pada April yang lalu.

Terkini, terdapat laporan menyatakan yang Vivo bakal melancarkan satu lagi peranti boleh-lipat versi naik taraf yang akan dinamakan sebagai Vivo X Fold S.

Peningkatan ketara yang akan dibawa oleh Vivo X Fold S berbanding Vivo X Fold adalah dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W. Di mana, pada Vivo X Fold ia dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, bateri 4600mAh dan pengecasa pantas 66W.

Walaupun peningkatan yang dibawa pada Vivo X Fold S tidaklah begitu banyak. Namun, ia pasti membawakan pengalaman yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN