Close

Vivo X80 Pro+ dijangka akan dilancarkan pada September ini

Vivo sebelum ini telah melancarkan dua peranti di bawah siri X80 iaitu Vivo X80 dan Vivo X80 Pro. Siri X80 merupakan sebuah peranti andalan yang memfokuskan kepada kemampuan fotografi pada tahap tertinggi.

Terkini, Vivo dilaporkan akan melancarkan satu lagi peranti di bawah siri X80 iaitu Vivo X80 Pro +. Hadir dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

Vivo X80 Pro+ dijangka hadir dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 bersama sistem kamera yang dipertingkat. 

Menurut laporan, peranti ini dijangka membawakan dua sensor baharu iaitu 50MP Samsung ISOCELL JN1 dan 50MP ISOCELL JN2, manakala 50MP ultra lebar dan 48MP masih menggunakan sensor yang sama seperti pada X80 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN