Close

WhatsApp bakal menyokong penggunaan avatar pada panggilan video dan gambar profil

WhatsApp ketika ini sedia memperkenalkan pelbagai fungsi pada aplikasi mereka. Jadi tidak hairan ketika ini pelbagai fungsi sedang diuji oleh syarikat tersebut sebelum ia dilancarkan kepada pengguna.

Terkini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji penggunaan avatar pada panggilan video dan sticker. Menariknya, WhatsApp juga dikatakan bakal menyokong penggunaaan avatar pada gambar profil yang membolehkan pengguna menyesuaikan avatar dan juga memilih warna latar belakang yang sesuai. Selain itu, avatar yang telah direka turut boleh digunakan sebagai sticker untuk dikongsi melalui chat.

Namun begitu, ketibaan fungsi ini masih lagi tidak diketahui memandangkan ia masih lagi di fasa pembangunan. Fungsi ini dijangka akan tersedia buat pengguna Android dan iOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN