Close

WhatsApp bakal perkenal tiga ciri privasi baharu termasuk sekat tangkapan skrin

WhatsApp ketika ini sedang membawakan pelbagai ciri baharu bagi menjamin privasi pengguna mereka. Melaluinya, WhatsApp akan memperkenalkan tiga ciri baharu kepada pengguna tidak lama lagi. Ciri ini mungkin ciri yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pengguna.

Untuk ciri pertama iaitu “Leave Group Silently”, ia membolehkan pengguna meninggalkan group tanpa disedari oleh pengguna lain kerana tiada lagi pemberitahuan akan dipaparkan jika seseorang meninggalkan group. Namun begitu, hanya admin kumpulan sahaja akan diberitahu mengenai perkara tersebut.

Bagi ciri kedua iaitu “Online Presence”, melalui ciri ini, pengguna boleh mengawal siapa yang boleh melihat atau tidak status atas talian anda. Ciri ini boleh ditetapkan kepada semua atau kepada kenalan sahaja. Ianya mirip seperti ciri kawalan “last seen”.

Manakala untuk ciri ketiga iaitu “Screenshot Blocking for View Once”, ciri ini akan menghalang pengguna untuk melakukan tangkapan skrin (Screenshot) pada imej atau video yang telah ditetapkan sebagai “View Once”. Ciri ini mungkin akan menjadi salah satu ciri yang dinanti oleh kebanyakkan pengguna.

Kesemua ciri privasi ini masih lagi dalam percubaan, dijangka akan tersedia kepada semua pengguna Android dan iOS selewatnya pada penghujung bulan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN