WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri menggunakan aplikasi pada dua peranti berbeza - FUZZ.MY

Wednesday, August 24, 2022

WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri menggunakan aplikasi pada dua peranti berbeza


Aplikasi WhatsApp ketika ini sudahpun menyokong ciri sambungan pelbagai peranti iaitu dengan menggunakan satu telefon pintar dan satu komputer melalui pelayan sesawang.


Terkini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri penggunaan aplikasi pada dua peranti yang berbeaza secara serentak. Ciri ini dikatakan sedang diuji pada peranti Android dan juga iPhone.



Ketibaan ciri ini bakal membolehkan pengguna untuk menggunakan aplikasi WhatsApp secara serentak pada dua peranti yang berbeza. Yang mana ketika ini, WhatsApp hanya boleh diakses melalui satu telefon pintar sahaja.


Buat masa ini ciri ini masih lagi dalam fasa ujian, tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai bila ia akan tersedia pada semua peranti.


(Sumber)