Close

Xiaomi 12 Lite akan mula dijual pada 27 Ogos ini

Sempena pelancaran Xiaomi 12 Lite yang akan berlangsung pada 27 Ogos ini, Xiaomi bakal mengadakan satu acara istimewa “Happy Hour” untuk pembeli yang telah membuat pra-tempahan dan ambil di stor Xaiomi terpilih.

Menariknya, Xiaomi juga akan membuat sesi istimewa “Meet and Greet” bersama Anna Jobling buat pembeli dan juga pengguna mereka.

Selain itu, bagi pembeli yang membuat pra-tempahan sebelum 26 Ogos layak untuk mendapatkan hadiah percuma Redmi Buds 3 Pro apabila mengambil peranti di lokasi terpilih iaitu di Pusat Beli-belah 1 Utama (dari 3 petang hingga 4 petang) dan Mid Valley Megamall (dari 5 petang hingga 6 petang).

Bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi 12 Lite bersama hadiah percuma istimewa ini, ia masih tersedia di stor terpilih untuk masa terhad.

ARTIKEL BERKAITAN