Close

Xiaomi 12T Pro dijangka hadir dengan kamera 200MP dan Snapdragon 8+ Gen 1

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan yang Xiaomi akan melancarkan peranti dengan kamera sebesar 200MP. Laporan tersebut kini disahkan melalui satu imej yang tertiris di arena web yang memperlihatkan peranti Xiaomi dengan kamera 200MP.


Sumber : Phonandroid

Merujuk kepada imej yang tertiris, memperlihatkan sebuah peranti dengan bonggol kamera bersama tetapan tri-kamera dan terteranya perkataan 200MP. Peranti yang tertiris ini dikatakan adalah model Redmi K50 Ultra. Namun, akan dijenamakan semula sebagai Xiaomi 12T Pro untuk pasaran global. 

Butiran lain seperti sensor yang akan digunakan masih tidak dapat dipastikan, tetapi ada laporan mengatakan ia mungkin akan menjadi peranti kedua hadir dengan sensor ISOCELL HP1 selepas Moto X30 Pro yang dilancarkan baru-baru ini.

Maklumat lain mengenai Xiaomi 12T Pro ialah hadir dengan skrin 6.7-inci OLED, cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 120W dan pengimbas cap jari dibawah skrin. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada September ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN