Close

Xiaomi bekerjasama dengan BAIC untuk hasilkan kereta elektrik pertama mereka

Xiaomi sebelum ini telah merancang untuk melancarkan kereta elektrik pertama mereka pada tahun 2024.

Terkini, menurut Bloomberg, Xiaomi dilaporkan akan bekerjasama dengan syarikat kereta Beijing Automotive Group Co (BAIC Group) untuk menghasilkan kereta elektrik pertama mereka. Syarikat tersebut juga dikatakan akan melabur dalam kilang kedua BAIC iaitu Beijing Hyundai yang telah dibuka pada tahun 2008.

Melalui kerjasama ini, ia bakal membolehkan Xiaomi mencapai matlamat mereka untuk mengeluarkan kereta elektrik pertama menjelang tahun 2024.

Sekiranya projek ini berjalan seperti yang dirancang, ia akan dihasilkan oleh BAIC BluePark New Energy Technology dan akan dijenamakan bersama dengan Xiaomi.

 (Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN