Close

Xiaomi Malaysia menjadualkan acara pelancaran produk pada 18 Ogos ini

Xiaomi Malaysia melalui Facebook rasminya telah menjadualkan acara pelancaran produk baharu mereka. Acara tersebut akan berlangsung pada 18 Ogos ini pada 8.00 malam waktu Malaysia. 

Walaupun begitu, Xiaomi Malaysia buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai produk yang akan dilancarkan. Acara pelancaran tersebut mungkin adalah telefon pintar atau peranti pintar baharu Xiaomi.

Sebelum ini, pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan siri Xiaomi 12S tidak akan hadir untuk pasaran tempatan. Jadi, kami merasakan ia mungkin Xiaomi 12 Lite yang mana ia telahpun dilancarkan secara global pada 11 Julai yang lalu. Namun begitu, ia hanyalah andaian kami mengenainya, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Xiaomi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN