Close

Xiaomi MIX Fold 2 dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, sistem kamera Leica dengan harga bermula RM5,938


Samsung baru sahaja mengumumkan barisan baharu peranti boleh-lipat mereka, kini giliran Xiaomi pula mengambil tempat untuk mengumumkan peranti boleh-lipat mereka iaitu Xiaomi MIX Fold 2. Membawakan beberapa peningkatan dari segi reka bentuk, engsel yang lebih lasak dan lebih nipis.

MIX Fold 2 membawakan skrin utama bersaiz 8.02-inci LTPO 2.0 AMOLED, resolusi 2160 x 1914p. Turut menyokong paparan adaptif 1Hz-120Hz. Untuk skrin kedua, ia hadir dengan saiz 6.56-inci E5 AMOLED dengan resolusi 2520 x 1080p bersama paparan 120Hz. Seperti mana Galaxy Z Fold4, MIX Fold 2 turut menggunakan kaca ultra nipis UTG untuk meletakkan kamera di bawah skrin.

Peranti ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan memori dalaman sehingga 1TB UFS 3.1. Dimuatkan dengan bateri 4700mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 67W.

Untuk fotografi, MIX Fold 2 hadir dengan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50 MP IMX766 + 13 MP sudut lebar + 8 MP telefoto. Turut dijana dengan sistem kamera dari Leica dengan profil Leica Classic dan Leica Vivid. Untuk rakaman video, MIX Fold 2 turut menyokong fungsi Dolby Vision. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 20 MP dan tiada kamera swafoto di bahagian dalam.

Xiaomi mendakwa yang MIX Fold 2 adalah lebih nipis berbanding model sebelumnya, dan mempunyai ketahanan engsel 20% lebih baik. Selain itu, dengan menggunakan rekaan water drop seperti Oppo Find N ia berjaya mengurangkan kesan lipatan.

Ciri lain yang turut hadir pada MIX Fold 2 adalah seperti stereo speaker Harmon Kardon, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC , Bluetooh 5.2 dan sebagainya. MIX Fold menjalankan MIUI 13 yang berasaskan Android 12L. Harga jualan bermula dari (RMB 8999) RM5936 untuk 12GB/256GB, RM6596 (RMB 9999) untuk 12GB/512 GB dan (RMB 11999) RM7915 untuk 12GB/1TB.

ARTIKEL BERKAITAN