Close

Xiaomi perkenalkan CyberOne – Robot yang mampu mengesan emosi manusia

Sebelum ini Xiaomi telahpun memperkenalkan robotik pertama mereka iaitu Cyberdog, kini Xiaomi memperkenalkan satu lagi robotik  berbentuk manusia yang dikenali sebagai CyberOne. 


CyberOne hadir dengan ketinggian 177cm dan berat 52kg. Boleh meniru pergerakan manusia dengan kelajuan tindak balas masa nyata 0.5ms. Turut dilengkapi dengan lengan dan kaki yang canggih dan mampu berjalan sekitar 3.6km/j.

Xiaomi turut mendakwa yang CyberOne mempunyai pengelihatan yang lebih baik dan keupayaan mengesan emosi manusia. CyberOne juga dikatakan mampu menganalisis persekitarannya dan mampu menghiburkan individu apabila mengesan emosi kesedihan.

CyberOne adalah sebahagian dari siri siber Xiaomi yang turut merangkumi Cyberdog yang diperkenalkan pada tahun lalu. Buat masa ini, CyberOne tidak dijual hanya digunakan sebagai kajian robotik oleh Xiaomi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN