Close

YouTube bakal membawakan ciri “Pinch To Zoom” tidak lama lagi


YouTube ketika ini sedang mencuba pelbagai ciri baharu untuk memberikan pengalaman yang lebih baik ketika menonton. Ciri yang mungkin ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pengguna bakal tiba tidak lama lagi.

Ciri yang dimaksudkan adalah “Pinch To Zoom”, dengan ciri ini ia membolehkan pengguna untuk zum video yang ditonton bagi membesarkan mana-mana kawasan pada video untuk dapat dilihat dengan lebih terperinci. 

Buat masa ini, ciri ini sudahpun tersedia buat pengguna YouTube Premium pada aplikasi Android. Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna perlu pergi ke tetapan profil dan pilih Your premium Benefits. Ciri ini tersedia untuk percubaan sehingga 1 September.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN