Close

AirPods Pro 2 dijangka akan turut dilancarkan pada 7 September ini

Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 7 September ini. Melalui acara tersebut, Apple dijangka akan turut mengumumkan beberapa produk lain disamping iPhone 14.

Menurut laporan terkini, selain Apple Watch, Apple dijangka akan turut mengumumkan AirPods Pro generasi baharu iaitu AirPods Pro 2.

Sumber : The Apple Hub
AirPods Pro 2 dijangka akan membawakan rekaan yang sama seperti AirPods Pro, tetapi akan menggunakan cip lebih baharu serta membawakan sokongan codec yang terkini untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan sambungan yang lebih stabil.
Selain itu, AirPods Pro 2 juga dikatakan akan mempuyai ketahanan bateri yang lebih panjang dan mungkin hadir dengan pengecasan jenis USB-C.

Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN