Close

AirPods Pro 2 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1,099

Selepas tiga tahun, Apple akhirnya memperkenalkan generasi baharu AirPods Pro iaitu AirPods Pro 2. Biarpun tidak membawakan perubahan reka bentuk yang ketara. Namun, membawakan perubahan ketara dari segi spesifikasinya.

AirPods Pro 2 dikuasakan dengan cip Apple H2 yang menawarkan pembatalan hingar 2 kali ganda lebih baik serta peningkatan dari segi kualiti audio yang lebih meluas.

Selain itu, AirPods Pro 2 kini menyokong pad sesentuh pada tangkainya yang boleh mengawal aras suara. 

Untuk jangka hayat bateri, AirPods Pro 2 mampu bertahan sehingga 6 jam untuk sekali pengecasan dan mencapai sehingga 30 jam dengan pod pengecasan. Masih mengekalkan pengecasan MagSafe dan USB-C. 

Menariknya, bekas AirPods Pro 2 kini mempunyai lubang untuk dipasang bersama lanyard dan turut mempunyai penarafan IP4X.

Di Malaysia, AirPods Pro 2 dijual pada tanda harga sekittar RM1,099. Namun, tiada sebarang tarikh yang diumumkan mengenai ketersediaannya di pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN