Close

Anak mendiang Steve Jobs perli rekaan iPhone 14

Sumber : Wallsbets

Acara pelancaran siri iPhone 14 telah disambut dengan pelbagai reaksi di serata dunia. Tidak mahu ketinggalan, anak mendiang Steve Jobs iaitu Eve Jobs turut berkongsi reaksi mengenai iPhone 14.

Eve Jobs melalui akaun instagram rasminya, telah berkongsi jenaka yang memperlihatkan seorang lelaki dengan muka bangga memegang baju baharunya yang sama seperti yang sedang dipakainya. Beliau turut meletakkan ayat sindiran ” Saya menaik taraf daripada iPhone 13 kepada iPhone 14 selepas pengumuman Apple hari ini “.

Dengan perkongsian jenaka itu, memperlihatkan Apple ibarat seperti sudah kehabisan idea dalam menghasilkan reka bentuk iPhone yang lebih baharu dan berbeza dari model sebelumnya. Mungkin juga kerana iPhone tidak mempunyai pencabar di dalam kelasnya.

Eve Jobs adalah seorang model, penunggang kuda dan juga pempengaruh yang mempunyai 307,000 pengikut di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN