Close

Apple akan menaikkan harga aplikasi di App Store bermula 5 Oktober ini


Apple akan mula menaikkan harga aplikasi di App Store bermula pada 5 Oktober ini. Perkara tersebut diumumkan melalui laman web rasmi Apple Developer.

Peningkatan harga aplikasi di App Store akan merangkumi beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, Sweden, Vietnam, Mesir, Malaysia dan semua negara yang menggunakan mata wang euro.

Walaubagaimanapun, peningkatan harga ini tidak termasuk pada mana-mana langganan perkhidmatan sedia ada yang dilakukan melalui App Store.

Apple turut menyatakan, harga aplikasi dan pembelian aplikasi boleh diubah pada bila-bila masa, termasuklah langganan perkhidmatan sedia ada. Selain itu, pembangun juga boleh memilih untuk mengekalkan harga bagi pelanggan sedia ada atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN