Close

Apple bakal menambah ciri peratusan bateri pada 4 lagi model melalui iOS 16.1

Apple telahpun melepaskan kemas kini iOS 16 di Malaysia pada 13 September yang lalu. Melaluinya, ia hadir dengan ciri untuk memaparkan peratusan bateri pada ikon status bar.

Namun begitu, terdapat empat model yang tidak menerima ciri tersebut iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 12 Mini, iPhone XR dan iPhone 11.

Terkini, terdapat laporan menyatakan ciri tersebut akan tersedia untuk empat model tersebut melalui kemas kini yang akan datang iaitu iOS 16.1. Buat masa ini, ciri tersebut telahpun hadir melalui kemas kini iOS 16.1 Beta pada empat model tersebut.

Kemas kini bagi iOS 16.1 versi stabil dijangka akan mula dilepaskan seawal bulan depan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN