Close

Apple iPhone 14, 14 Pro dan 14 Pro Max kini boleh mula dibeli di Malaysia

Berita gembira buat pengguna iPhone di Malaysia, kini anda boleh mula membeli tiga dari empat model yang ditawarkan oleh Apple. Model tersebut adalah iPhone 14, 14 Pro dan juga 14 Pro Max.


Pada siri iPhone 14, pembaharuan paling ketara adalah pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Di mana, ia hadir dengan sejumlah peningkatan seperti cip A16 Bionic, kamera 48MP, paparan Dynamic Island, keupayaan satelit, dan juga pilihan warna baharu iaitu Deep Purple.

Sementara pada iPhone 14, ia hadir dengan sedikit peningkatan seperti hadir dengan fungsi Crash Detection, ciri kamera baharu yang dipertingkat, dan penawaran warna baharu iaitu Biru.

Di Malaysia, pengguna kini boleh mula membeli di semua pengedar rasmi Apple atau boleh membeli melalui pakej telekomunikasi yang tersedia untuk siri iPhone 14.

Berikut adalah harga jualan siri iPhone 14 di Malaysia :

 iPhone 14

  • 128GB – RM4,199
  • 256GB – RM4,699
  • 512GB – RM5,699

iPhone 14 Pro

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,799
  • 1TB – RM7,799

iPhone 14 Pro Max

  • 128GB – RM5,799
  • 256GB – RM6,299
  • 512GB – RM7,299
  • 1TB – RM8,299

ARTIKEL BERKAITAN