Close

Apple mungkin menamakan iPhone 14 Plus untuk ganti versi Mini

Selepas kegagalan yang dihadapi oleh Apple dalam penjualan iPhone versi Mini. Apple dilaporkan tidak lagi menawarkan iPhone versi Mini pada iPhone 14, sebaliknya akan menawarkan peranti dengan skrin yang lebih besar.
Berikutan dari itu, kebanyakkan laporan mengatakan Apple akan menamakan iPhone 14 Max sebagai pengganti kepada versi Mini. 
Namun, berdasarkan laporan terkini, Apple mungkin akan menggunakan nama iPhone 14 Plus berbanding iPhone 14 Max untuk menggantikan versi Mini. Laporan tersebut merujuk kepada aksesori pelindung MagSafe yang tertiris memperlihatkan nama iPhone 14 Plus.
Perubahan ini mungkin dibuat untuk membezakan penawaran yang lebih ketara antara iPhone 14 Pro Max dan iPhone 14 Max. Selain itu, dengan nama yang hampir sama ia mungkin sedikit mengelirukan pengguna.
Apple telahpun menjadualkan acara pelancaran pada 7 September ini, dijangka akan membawakan empat varian iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Plus dan iPhone 14 Pro Max.

ARTIKEL BERKAITAN