Close

Apple Watch siri 8 dan Apple Watch SE 2 kini rasmi – Dengan sensor suhu dan juga pengesan kemalangan

Apple memulakan acara pelancaran Far Out dengan mengumumkan Apple Watch siri 8 dan Apple Watch SE. Menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi namun masih mengekalkan reka bentuk seperti model sebelumya.

Apple Watch siri 8

Apple Watch siri 8 membawakan beberapa ciri baharu seperti sensor suhu, crash detection dan juga Ultra Low Power Mode. Tidak ketinggalan, ia juga dijana dengan cip baharu iaitu S8.
Terdapat dua sensor suhu yang dimuatkan pada peranti ini bagi mengukur perubahan suhu badan melalui kulit. Bacaan tersebut dilakukan setiap 5 saat yang mampu mengenal-pasti perubahan suhu sehingga 1 darjah. Selain itu, sensor suhu ini juga boleh menanggarkan ovulasi restrospektif dan sebagainya.
Manakala bagi ciri crash detection, ia menggunakan sensor gyroskop bagi mengenal-pasti perubahan dan akan memaklumkan kepada perkhidmatan kecemasan apabila berlaku kemalangan.
Untuk jangka hayat bateri, Apple Watch siri 8 mampu bertahan sehingga 18 jam untuk pengguna biasa dan mampu bertahan sehingga 36 jam apabila Ultra Low Power Mode diaktifkan. 

Untuk pasaran Malaysia, Apple Watch siri 8 ditawarkan dengan harga bermula RM1,899 untuk 41mm dan RM1,999 untuk 45mm. Manakala untuk versi selular, ia dijual pada harga bermula RM2,299 untuk 41mm dan RM2,399 untuk 45mm.

Apple Watch SE 2

Pada acara yang sama, Apple turut mengumumkan Apple Watch yang lebih murah iaitu Apple Watch SE 2.

Turut menggunakan cip yang sama seperti mana pada Apple Watch siri 8 dan Apple Watch Ultra iaitu cip S8. Menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 20% lebih baik berbanding model sebelumnya.


Selain itu, ia juga hadir dengan ciri seperti car crash detection, panggilan SOS, pemantaun corak tidur dan juga sebagainya.
Di Malaysia, Apple Watch SE 2 dijual pada tanda harga bermula RM1,199 untuk 40mm dan RM1,299 untuk 44mm. Manakala untuk versi selular ia dijual pada tanda harga bermula RM1,399 untuk 40mm dan RM1,499 untuk 44mm.

ARTIKEL BERKAITAN