Close

Apple Watch Ultra kini rasmi – Kerangka titanium dengan bateri mampu bertahan sehingga 60 jam

Selain Apple Watch siri 8 dan Apple Watch SE, Apple turut melancarkan Apple Watch Ultra yang memfokuskan kepada pengguna aktiviti lasak dan pengguna aktif.


Apple Watch Ultra hadir rekaan yang sedikit berbeza dengan skrin yang lebih besar. Terdapat butang tambahan baharu yang dikenali sebagai Action Button yang terletak di bahagian kiri jam. Mempunyai Digital Crown dengan saiz yang lebih besar dan terdapat 3 mikrofon serta pembesar suara.

Hadir dengan sokongan selular sepenuhnya dengan kerangka dari titanium bersaiz 49mm. Selain itu, mempunyai sokongan GPS yang sangat tepat melalui bantuan L1+L5 GPS.

Ciri lain yang turut hadir pada Apple Watch Ultra adalah seperti pemantauan suhu, pemantauan denyutan nadi, pemantauan tahap oksigen dalam darah, penarafan WR100, penarafan EN1339 dan sebagainya.

Di Malaysia, harga jualan bagi Apple Watch Ultra adalah bermula dari RM3,799, yanga mana ia ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna.

ARTIKEL BERKAITAN