Close

Asus ROG Phone 6 edisi Batman diperkenalkan – Ditawarkan dengan dua pilihan cip

Pada acara pelancaran Asus ROG Phone 6D, Asus turut memperkenalkan satu lagi peranti edisi khas iaitu ROG Phone 6 edisi Batman.

Menariknya, Asus ROG Phone 6 edisi Batman ini ditawarkan dengan dua pilihan cip iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan MediaTek Dimensity 9000+. Yang mana, ia digabungnkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, ia juga hadir dengan spesifikasi yang sama seperti model semasa. Bagi melengkapkan edisi ini, ia turut hadir dengan sejumlah ciri bertemakan Batman seperti gambar latar, animasi pengecasan, antaramuka dengan tema Batman dan lain-lain.

Untuk menjadikan edisi ini lebih ekslusif, Asus turut menyertakan beberapa aksesori menarik bersamanya seperti Batman aero case, Batman ejection pin, aura RGB Batman logo, Bat-Signal projector dan juga kotak khas Batman.


Buat masa ini, ROG Phone 6 edisi Batman hanya tersedia di beberapa buah negara sahaja. Tidak dapat dipastikan adakah ia bakal tiba untuk pasaran tempatan atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN