Close

Asus ROG Phone 6D dan 6D ultimate kini rasmi dengan harga mencecah RM6,213

Asus mengemaskini peranti permainan mereka dengan memperkenalkan Asus ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate. Kedua-dua hadir dengan reka bentuk dan spesifikasi yang sama seperti sebelumnya, tetapi kini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9000+.

 Kedua-dua peranti dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED FHD+ bersama paparan 165Hz dan menyokong kandungan HDR10+.  Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP sudut lebar + 13MP ultra lebar + 5MP makro. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12MP. Bateri 6000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 65W.

Ciri lain yang turut hadir bersama peranti ini adalah butang air trigger, dua port pengecasan USB-C, bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, penarafan IPX4 dan sebagainya.

Kedua-dua peranti ini hanya dibezakan dengan penawaran konfigurasi storan dan panel belakang. Yang mana ROG Phone 6D hadir dengan storan 256GB, manakala ROG Phone 6D ultimate hadir dengan storan 512GB. Untuk konfigurasi RAM kedua-duanya hadir dengan 16GB RAM.


Panel belakang peranti ini juga terdapat perbezaan, pada ROG Phone 6D hanya terdapat panel LED RGB manakala pada 6D Ultimate terdapat skrin kecil yang dipanggil sebagai ROG Vision PMOLED bersama lubang udara penyejuk baharu. Kesemua aksesori pada ROG Phone 6 dan 6 Pro turut boleh digunakan pada ROG Phone 6D dan 6D Ultimate.

Untuk harga jualan, Asus ROG Phone 6D dijual pada tanda harga RM4,133 (£799) dan Asus ROG Phone 6D Ultimate pula dijual pada tanda harga RM6,213 (£1,199)

ARTIKEL BERKAITAN