Close

Boleh merasa Apple Dynamic Island pada fon Xiaomi dengan Grumpy UI

Pada iPhone 14 Pro, Apple telah membawakan satu inovasi baharu yang dipanggil sebagai Dynamic Island. Melaluinya, Apple telah menjadikan takuk skrin atau lubang skrin menjadi lebih menarik dan berguna.

Dynamic Island adalah lubang skrin pada iPhone 14 Pro, yang mana ia akan memaparkan notifikasi dan juga maklumat.

Berikutan dari itu, satu tema yang dipanggil sebagai ” Grumpy UI “ telah dibangunkan dengan fungsi seakan Dynamic Island.
Biarpun Grumpy UI tidak sama seperti Dynamic Island sebenar, yang mana tema ini tidak menyembunyikan potongan kamera hadapan. Namun, apabila tema ini ditekan ia mempunyai animasi yang sama seperti Dynamic Island.
Bagi yang berminat untuk mencuba, tema ini tersedia di gedung tema Xiaomi dengan nama Grumpy UI.
Namun begitu, menurut dari pembangun Grumpy UI, tema ini masih lagi tidak dilancarkan secara rasmi berikutan perlu menunggu kelulusan dari Xiaomi.

ARTIKEL BERKAITAN