Close

Boleh merasa Apple Dynamic Island pada Android melalui dynamicSpot


Apple telah membawakan ciri baharu yang dipanggil sebagai Dynamic Island pada iPhone 14 Pro. Sejak ia diperkenalkan, ciri tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna seluruh dunia.



Terkini, seorang pembangun Android telah membawakan ciri seakan Dynamic Island yang dikenali sebagai dynamicSpot. Yang mana aplikasi tersebut boleh dijalankan pada semua peranti Android.




Menariknya, aplikasi ini membenarkan pengguna untuk memilih aplikasi yang ingin dipaparkan pada dynamicSpot. Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai banyak pilihan penyesuaian seperti boleh mengubah saiz dan posisi atau mengubah reka bentuk bulatan padanya.



Terdapat pelbagai lagi penyesuaian yang ada pada aplikasi ini seperti memaparkan dynamicSpot pada kekunci skrin, lampu notifikasi AOD dan lain-lain. Namun, penyesuaian ini hanya tersedia untuk versi Pro yang berharga RM19.90.


Buat masa ini, dynamicSpot masih lagi dalam versi beta. Jika anda ingin mencuba aplikasi ini, ia mungkin mempunyai beberapa masalah atau tidak berjalan dengan baik pada peranti Android anda.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN