Close

Chromecast with Google TV HD kini rasmi dengan harga RM137

Google secara rasminya melancarkan Chromecast with Google TV HD baharu bagi menggantikan model sedia ada.

Seperti namanya, Dongle TV ini hanya menawarkan resolusi 1080P dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android TV 12. Dongel ini turut hadir dengan sokongan Codec AV1 yang dapat menjimatkan penggunaan data.

Untuk spesifikasi, Chromecast with Google TV HD dikuasakan dengan cip Amlogic S805X2 yang digabungkan dengan RAM 1.5GB dan storan dalaman sehingga 8GB. Dongel TV ini turut menyokong perkhidmatan penstriman utama, YouTube dan Live TV, serta permainan Stadia. 

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Chromecast with Google TV HD ini dijual pada tanda harga RM137 ($30) dan hanya ditawarkan dalam pilihan warna putih sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN