Close

Cip A16 Bionic hanya sedikit berkuasa berbanding cip A15 Bionic

Seperti yang kita tahu, Apple baharu sahaja mengumumkan siri iPhone 14. Dan buat pertama kalinya Apple membawakan dua cip yang berbeza pada siri yang sama.

Geekbench baru-baru ini telah berkongsi berkenaan skor penanda aras bagi iPhone 14 Pro dengan cip A16 Bionic.

Melalui ujian tersebut, cip A16 Bionic memperolehi skor 1879 dalam ujian satu teras, sementara untuk ujian multi teras ia memperolehi 4664.

Sebagai perbandingan, skor yang diperolehi oleh cip A15 Bionic adalah 1707 untuk satu teras dan 4676 untuk multi teras.

Dengan perbandingan itu, memperlihatkan cip A16 Bionic hanya membawakan 10% peningkatan pada satu teras manakala untuk multi teras skor  yang diperolehi adalah lebih rendah.

Namun begitu, Apple mendakwa cip A16 Bionic adalah cip terpantas yang pernah ada pada telefon pintar ketika ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN