Close

DJI Osmo Action 3 kini rasmi dengan harga bermula dari RM1,492

DJI mengemaskini kamera aksi mereka dengan memperkenalkan DJI Osmo Action 3. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan juga ciri yang dipertingkatkan berbanding model sebelumnya.



DJI Osmo Action 3 dilengkapi dengan sensor 12MP 1/1.7 lensa ultra lebar 155° f/2.8 yang mampu merakam sehingga 4K 120fps serta menyokong zum digital 4x.



Dari segi reka bentuk, DJI Osmo Action 3 masih menggunakan rekaan yang sama seperti DJI Osmo Action 2. Ia kini lebih ringan dan lebih kemas, tetapi tidak lagi hadir dengan sokongan kamera jenis magnetik modular.



Untuk rakaman, ia menyokong sehingga 4K 120fps melalui mod RockSteady 3.0, manakala mod HorizonSteady pula mampu merakam sehingga 2.7K 60fps. Turut diperkenal mod baharu iaitu HorizonBalancing yang mampu merakam sehingga 4K 60fps dan mampu membetulkan kecondongan sehingga 45°.


DJI Osmo Action 3 dimuatkan dengan bateri sebesar 1770mAh yang mampu bertahan sehingga 160 minit. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan pantas dengan 50 minit untuk satu isian penuh.



Ciri lain yang turut hadir bersama adalah seperti tiga mikrofon, dua skrin sentuh depan dan belakang, pelindung Gorilla Glass dan lain-lain. Ia juga mempunyai sokongan kalis air sehingga 16 meter tanpa sarung pelindung dan sehingga 60 meter dengan sarung pelindung.


Harga jualan bagi DJI Osmo Action 3 adalah bermula pada RM1,492 ($329)Untuk pasaran Malaysia, harga jualan belum lagi diumumkan buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN