Close

DJI Osmo Mobile 6 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM759

 

DJI sedia mengemaskini gimbal telefon pintar mereka dengan memperkenalkan DJI Osmo Mobile 6 untuk pasaran tempatan. 


DJI Osomo Mobile 6 kini hadir dengan rekaan yang lebih egronomik dan turut menyokong peranti dengan saiz yang lebih besar. Gimbal ini juga boleh di lipat dan lengkap dengan rod pemanjang secara terbina yang membolehkan zum dan fokus dibuat dengan lebih lancar.

Selain itu, DJI Osmo Mobile 6 turut hadir dengan beberapa ciri baharu seperti Quick Launch, Panel Status dan ActiveTrack 5.0 baharu. Untuk ciri Quick Launch, ia merupakan ciri khas untuk pengguna iPhone. Di mana ia membolehkan aplikasi DJI Mimo dilancarkan secara automatik.

Manakala ciri Panel Status membolehkan pengguna menyemak tahap bateri, status sistem dan juga mod gimbal yang sedang digunakan. Sementara ActiveTrack 5.0 kini menawarkan penjejakan yang lebih jauh dan juga lebih stabil.

Untuk spesifikasi lain, gimbal ini dimuatkan dengan bateri sebesar 1000mAh yang mampu bertahan sehingga 6 jam 24 minit. Untuk pengecasan ia menggunakan port USB-C dan turut menyokong sambungan Bluetooth 5.1.

Di Malaysia, DJI Osmo Mobile 6 dijual pada harga bermula RM759. Bagi yang berminat, ia kini boleh di beli melalui Shopee atau pengedar rasmi DJI Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN