Close

Dynamic Island dijangka akan hadir pada semua model iPhone 15

Pada iPhone 14 Pro, Apple telah membawakan rekaan skrin baharu yang dipanggil sebagai Dynamic Island. Melaluinya, Apple telah menjadikan takuk skrin atau lubang skrin menjadi lebih menarik dan berguna.


Terkini, menurut pakar tiris Ross Young, Apple dilaporkan akan mula menyertakan Dynamic Island pada semua model iPhone 15 yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Di mana ciri tersebut buat masa ini hanya tersedia pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max.

Biarpun kesemua model akan hadir dengan Dynamic Island. Tetapi, tidak dapat dipastikan adakah kesemua model akan hadir dengan ciri yang sama seperti skrin LTPO, paparan ProMotion dan juga Always On Display. 
Dynamic Island ialah kawasan berbentuk pil yang menempatkan kamera hadapan dan juga Face ID. Melaluinya, ia boleh memaparkan notifikasi dan juga bertindak sebagai skrin kecil untuk memaparkan aktiviti yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN