Close

Gameplay permainan Grand Theft Auto 6 tertiris

Rockstar Games telahpun mengesahkan yang Grand Theft Auto 6 sedang dalam pembikinan. Namun begitu, syarikat tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai bila ia akan dilancarkan.

Terkini, terdapat 90 video yang didakwa sebagai permainan Grand Theft Auto 6 telah tertiris menerusi GTAForum. Menerusi video tersebut telah memperlihatkan pandang pertama permainan tersebut. 

Selain itu, ia juga mengesahkan beberapa laporan seperti  ia akan hadir dengan dua watak dan juga kembalinya ke Vice City. Dialog dan cara berinteraksi juga dilihat sememangnya gaya permainan dari Rockstar. 

Ketika artikel ini ditulis, GTAForum telah pun mengalih keluar topik tersebut dari platform berikutan atas dasar privasi dan juga hak cipta.

Ketirisan ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah industri permainan video. Buat masa ini, Rockstar belum lagi mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN