Close

Garmin Venu Sq 2 dilancarkan – Skrin AMOLED dengan bateri mampu bertahan sehingga 11 hari

Pada acara yang berlangsung di IFA, Garmin telah melancarkan peranti boleh-pakai baharu mereka iaitu Venu Sq 2. Membawakan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan keupayaannya dari model sebelumnya.

Antara peningkatan yang dibawakan pada Venu Sq 2 adalah ia hadir dengan skrin jenis AMOLED bersaiz 1.4-inci. Membawakan rekaan berbentuk petak dan hadir dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan asas seperti GPS, pengimbas nadi, pemantauan kesihatan, menjejak kitaran haid dan lain-lain.

Dari segi ketahanan bateri, Venu Sq 2 ini dikatakan mampu bertahan 6 hingga 11 hari untuk sekali pengecasan. Ciri lain yang turut ditawarkan adalah seperti sokongan Garmin Pay, 28 mod sukan terbina dan sebagainya.

Venu Sq 2 ini ditawarkan dalam dua pilihan iaitu versi biasa dan juga versi muzik. Untuk harga jualan, versi biasa dijual pada tanda harga RM1,120 ($249.99) manakala untuk versi muzik ialah RM1,344 ($299.99).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN