Close

Google hentikan rancangan untuk membangunkan PixelBook baharu

Google dilaporkan telah menghentikan rancangan untuk membangunkan PixelBook baharu mereka. Ini bermakna, Google tidak lagi akan menawarkan segmen di bawah komputer riba.

Sebab utama pembangunan PixelBook dihentikan adalah kerana pengurangan kos yang dibuat oleh Google

Seiring dengan pengumumkan yang dibuat oleh Sundar Pichai melalui memo dalaman, yang mana Google merancang untuk mengurangkan pengambilan pekerja baharu dan menilai semula projek yang sedang dibangunkan.


Google mula memperkenalkan PixelBook pada tahun 2019 dengan tujuan utama untuk memberi saingan kepada macOS dan Windows. Namun, usaha tersebut dilihat tidak berapa menjadi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN