Close

Google menjadualkan acara pelancaran pada 6 Oktober ini

Google telah menjadualkan acara pelancaran pada 6 Oktober ini. Melalui acara tersebut, Google akan mengumumkan beberapa peranti baharu iaitu siri Google Pixel 7, Google Pixel 7 Pro dan juga Pixel Watch.


Google turut berkongsi beberapa maklumat mengenai siri Google Pixel 7. Antaranya adalah seperti akan dijana dengan cip Google Tensor G2, warna yang akan ditawarkan dan juga mengenai sistem operasi Android 13.

Selain itu, Google turut berkongsi mengenai jam tangan pintar pertama mereka iaitu Pixel Watch yang mana ia akan menjalankan sistem operasi Wear OS. Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan oleh Google.

Siri Google Pixel 7 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, untuk Google Pixel 7 akan tersedia dalam warna Obsidian, Lemongrass dan Snow, manakala Pixel 7 Pro akan ditawarkan dalam warna Obsidian, Hazel dan Snow.

Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN