Close

Google mungkin akan hadir dengan Pixel versi kompak baharu

Google telahpun menjadualkan acara pelancaran Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada 6 Oktober ini. Melaluinya, Google dijangka akan turut mengumumkan beberapa produk lain antaranya adalah Chromecast HD dan sebagainya.

Terkini, terdapat laporan mengatakan yang Google sedang membangunkan satu lagi Pixel generasi baharu. Menurut sumber, Pixel baharu ini menggunakan kod nama neila dan ia merupakan Pixel versi kompak.

Peranti ini dilaporkan akan hadir dengan rekaan skrin jenis berlubang di bahagian tengah untuk kamera swafoto dan menggunakan reka bentuk panel belakang yang sama seperti pada Pixel 6 atau Pixel 7.

Namun begitu, buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai peranti ini. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN