Close

Google perkenalkan ‘Widgets Lock Screen’ aplikasi mereka pada iOS 16

Apple telahpun melepaskan kemas kini iOS 16 secara menyeluruh di seluruh dunia bermula 12 September. Salah satu fungsi menarik yang terdapat pada iOS 16 adalah sokongan widget pada skrin kekunci.

Sehubungan dengan itu, Google turut mengumumkan beberapa widget yang bakal menyokong pada skrin kekunci untuk iOS 16.

Antara widget yang diumumkan oleh Google adalah seperti Search, Chrome, Drive, Gmail, Google Maps dan banyak lagi.


Walaubagaimanapun, ciri ini belum lagi tersedia pada iOS 16. Menurut Google, kemaskini widget pada skrin kekunci dijangka akan dilepaskan dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Dengan pengumuman ini, kami menjangkakan akan lebih banyak aplikasi bakal menyokong widget pada skrin kekunci. Ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana aplikasi pihak ketiga melakukan integrasi fungsi ini pada iOS 16.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN