Close

Google sahkan tarikh pra-tempahan Google Pixel 7 pada 6 Oktober

Google telahpun menjadualkan acara pelancaran siri Google Pixel 7 pada 6 Oktober ini. Berikutan dari itu, Google kini sedang aktif dalam mempromosikan siri Google Pixel 7 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini, melalui video promosi yang dimuat naik oleh Google di YouTube rasmi mereka, telah memperlihatkan tarikh pra-tempahan siri Google Pixel 7 pada 6 Oktober iaitu hari yang sama dengan pelancarannya.

Video promosi yang berdurasi 45 saat dengan tajuk “First Impressions: Google Pixel 7 Pro”, memperlihatkan reaksi pengguna apabila melihat peranti tersebut pada pertama kali. Namun, pada video tersebut Pixel 7 Pro telah dikaburkan.

Pada acara pelancaran siri Google Pixel 7, Google dijangka akan turut mengumumkan beberapa produk lain antaranya adalah Google Pixel Watch, Chromecast HD dan lain-lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN