Close

GoPro Hero 11 Black dan Hero 11 Black Mini kini rasmi dengan harga mencecah RM2,263


GoPro secara rasminya melancarkan dua generasi baharu kamera aksi mereka iaitu GoPro Hero 11 Black dan Hero 11 Black Mini. Kedua-dua hadir dengan spesifikasi dan juga reka bentuk yang sama. Namun, dibezakan dengan saiz skrin dan juga saiz bateri.



GoPro Hero Black 11 dilengkapi dengan sensor kamera baharu iaitu 27MP yang turut menyokong resolusi rakaman sehingga 5.3K pada nisbah 8:7 dan juga hadir dengan warna 10-bit. Mod baharu iaitu HyperView turut disertakan yang menyokong rakaman video 360 darjah pada 5K 30fps.


Dari segi rekaan, masih menggunakan reka bentuk yang sama seperti GoPro Hero 10 Black. Namun, kini hadir bersama bateri Enduro yang mana sebelum ini dijual secara berasingan pada model sebelumnya. Selain itu, fungsi video highlight kini tidak lagi perlu dilanggan untuk menggunakannya.



Sementara untuk GoPro Hero 11 Black Mini, ia hadir dengan spesifikasi yang sama seperti GoPro Hero 11 Black, Namun, lebih kompak, skrin lebih kecil, bateri tidak boleh tanggal dan hanya mempunyai dua butang fizikal.


Untuk mod rakaman, ia hadir dengan beberapa mod seperti Vehicle Lights, Star Trails dan Light Paint. Selain itu, mod HyperSmooth kini ditambah-baik dengan menyokong Auto Boost untuk kestabilan pergerakkan yang lebih lasak. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong rakaman video pada resolusi 5K 60fps dan 4K 120fps.



Harga jualan bagi GoPro Hero 11 Black adalah bermula dari RM2,263 ($499.99), manakala untuk GoPro Hero 11 Black Mini adalah RM1,811 ($399.99). Untuk pasaran Malaysia, harga jualan belum lagi diumumkan buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN