Close

Hanya iPhone 14 Pro dengan storan 256GB ke atas menyokong rakaman video 4K ProRes

Apple sedia menawarkan fungsi rakaman video ProRes pada iPhone 14 Pro seperti mana pada model sebelumnya. Namun begitu, Apple telah menetapkan storan minima untuk membolehkan fungsi rakaman tersebut digunakan.

Menurut dari spesifkasi yang telah ditetapkan oleh Apple, rakaman video 4K ProRes dengan 30 fps hanya tersedia buat pengguna iPhone 14 Pro dengan storan bermula dari 256GB dan ke atas. Manakala, rakaman video ProRes 1080P dengan 30 fps tersedia untuk semua model iPhone 14 Pro dengan storan bermula dari 128GB.

Salah satu sebab mengapa Phone 14 dengan storan 128GB tidak menyokong rakaman video 4K ProRes adalah kerana saiz failnya yang sangat besar. Di mana, 1 minit rakaman video 4K ProRes memerlukan 6GB storan berbanding 1080p yang hanya memerlukan sekitar 1.7GB.

Rakaman video ProRes mula diperkenalkan pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, yang membolehkan pengguna untuk merakam video sinematik berkualiti tinggi seperti dalam iklan atau filem.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN