Close

Harga jualan Google Pixel Watch dijangka mencecah sehingga RM1,822

Google telahpun menjadualkan acara pelancaran Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada 6 Oktober ini. Melaluinya, Google dijangka akan turut mengumumkan produk lain antaranya adalah Google Pixel Watch dan lain-lain.

Terkini, menurut 9to5Google, Google Pixel Watch dijangka akan ditawarkan dalam dua veris iaitu versi WiFi dan juga versi LTE. Untuk pilihan warna, kedua-duanya akan ditawarkan dalam pilihan warna Black, Silver dan Gold, tetapi dibezakan dengan warna tali jam.

Dari segi harga jualan, Google Pixel Watch versi WiFi dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar RM1,549 ($349.99) dan untuk versi LTE pula ialah RM1,822 ($399.99). 

Dengan penawaran harga setinggi itu, Google Pixel Watch perlu bersaing dengan pengeluar lain antaranya adalah Samsung dan Apple. Yang mana, pengeluar tersebut menawarkan harga jualan yang lebih rendah berbanding Google Pixel Watch.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN